Job Description (JD)
Nama Program | PENGELUARAN TENUNAN WARISAN [C131-004-3:2023] |
---|---|
Kod CU | C131-004-3:2023-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Laksana reka cadang motif dan corak tenunan. |
Penerangan CU | Laksana reka cadang motif dan corak tenunan menerangkan tentang kompetensi menghasilkan cadangan motif dan corak tenunan mengikut spesifikasi rekaan yang ditetapkan. Proses ini dilakukan bagi mendapatkan ketetapan mengenai motif dan corak tenunan dan membangunkan lampiran spesifikasi teknikal yang akan digunakan sepanjang kerja-kerja tenunan dijalankan. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh buat pemilihan konsep dan tema tenunan, buat ilustrasi visual rekaan tenunan dan buat lampiran spesifikasi rekaan tenunan. Hasilan CU ini ialah maklumat spesifikasi teknikal berserta ilustrasi motif dan corak tenunan disiapkan lengkap mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 368 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini ialah pelatih mesti boleh laksana reka cadang motif dan corak tenunan mengikut keperluan spesifikasi rekaan yang ditetapkan. |
Pra-Syarat | Tidak berkaitan. |