Job Description (JD)
Nama Program | PENGELUARAN TENUNAN WARISAN [C131-004-3:2023] |
---|---|
Kod CU | C131-004-3:2023-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Laksana pembuatan prototaip tenunan. |
Penerangan CU | Laksana pembuatan prototaip tenunan menerangkan tentang kompetensi bermula dari penghasilan reka motif dan corak tenunan dalam bentuk geometri berpandukan ilustrasi visual rekaan tenunan dan maklumat daripada lampiran spesifikasi. Motif geometri ini diolah sehingga membentuk corak tenunan yang diaplikasikan dalam sampel prototaip menggunakan sifir kiraan terancang mengikut teknik-teknik tenunan pilihan. Sampel prototaip ini kemudiannya diserahkan untuk tujuan kelulusan sebelum produk tenunan sebenar yang berkualiti tinggi dihasilkan. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh buat reka motif dan corak bentuk geometri, buat perincian tekat dan tenunan dan hasilkan prototaip tenunan. Hasilan CU ini ialah sampel prototaip tenunan yang berkualiti mengikut spesifikasi uji tenunan yang telah ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 92 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini ialah pelatih mesti boleh laksana pembuatan prototaip tenunan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. |
Pra-Syarat | Tidak berkaitan. |