JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGELUARAN TENUNAN WARISAN [C131-004-3:2023]
Kod CUC131-004-3:2023-C03
CompetencyCore
Tajuk CULaksana pewarnaan buku benang tenun.
Penerangan CULaksana pewarnaan buku benang tenun menerangkan tentang kompetensi mengaplikasikan warna pada benang yang akan digunakan dalam pembuatan produk tenunan. Aktiviti ini merupakan langkah penting dalam proses penghasilan tenunan yang memenuhi spesifikasi warna bagi menaikkan corak kain tenun yang telah ditetapkan. Proses pewarnaan benang perlu dilakukan pada waktu terbaik kerana hasil pewarnaan benang yang cantik, sekata dan menyerlah adalah dipengaruhi oleh faktor cuaca iaitu ketika waktu cuaca panas.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan proses peleraian buku benang, lakukan pembersihan buku benang, lakukan penyediaan bahan pewarna benang, buat larutan pewarna benang, lakukan pencelupan warna buku benang dan lakukan pengeringan buku benang.

Hasilan CU ini ialah benang-benang berwarna bagi penghasilan tekstil tenunan mengikut spesifikasi warna yang telah ditetapkan.
Tempoh Latihan460
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini ialah pelatih boleh laksana pewarnaan buku benang tenun mengikut spesifikasi dan prosedur latihan.
Pra-SyaratTidak berkaitan.