Job Description (JD)
Nama Program | PENGELUARAN TENUNAN WARISAN [C131-004-3:2023] |
---|---|
Kod CU | C131-004-3:2023-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Laksana proses menerai benang tenun. |
Penerangan CU | Laksana proses menerai benang tenun menerangkan kompetensi bagi proses menerai atau penggulungan benang tenun sebelum aktiviti menenun dijalankan. Proses ini dijalankan bagi menyediakan bekalan benang dalam jumlah yang ditetapkan dan mengikut keperluan spesifikasi produk tenunan dalam satu-satu masa. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh buat penyediaan keperluan menerai benang, buat proses menerai benang dan buat sistem penstoran benang. Hasilan CU ini ialah benang tenun untuk tekstil tenunan warisan tersedia secukupnya dan disimpan secara sistematik. |
Tempoh Latihan | 92 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini ialah pelatih boleh laksana proses menerai benang tenun mengikut tatacara dan spesifikasi yang ditetapkan. |
Pra-Syarat | Tidak berkaitan. |