Job Description (JD)
Nama Program | PENGELUARAN TENUNAN WARISAN [C131-004-3:2023] |
---|---|
Kod CU | C131-004-3:2023-C06 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Laksana proses tenunan. |
Penerangan CU | Laksana proses tenunan menerangkan tentang kompetensi melakukan proses menenun mengikut tatacara dan turutan yang betul. Proses ini mengambil masa yang lama dan memerlukan tahap ketelitian yang tinggi bagi memastikan hasil tenunan berada dalam keadaan yang baik dan halus. Aspek keselamatan juga dititikberatkan dalam proses ini disebabkan oleh penglibatan dan penggunaan peralatan yang boleh mendatangkan kecederaan. Bagi sesetengah jenis tenunan seperti pua, proses mengarat tidak perlu dilakukan melainkan menggunakan alat tenun pua inovasi dan proses menyongket juga hanya terpakai bagi sesetengah tenunan seperti songket Malaysia. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan proses menganing benang, lakukan proses menggulung loseng, lakukan proses menyampak, lakukan proses mengarat (jika perlu), lakukan proses menghubung, lakukan proses menyongket tenunan (jika perlu) dan lakukan proses menenun. Hasilan CU ini ialah hasil tenunan berada dalam keadaan baik, sempurna dan kemas. |
Tempoh Latihan | 736 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini ialah pelatih boleh laksana penghasilan tenunan yang berkualiti tinggi mengikut tatacara proses tenunan yang betul. |
Pra-Syarat | Tidak berkaitan. |