Job Description (JD)
Nama Program | TERNAKAN IKAN HIASAN AIR TAWAR [A032-007-3:2023] |
---|---|
Kod CU | A032-007-3:2023-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Laksana rawatan ternakan ikan hiasan air tawar. |
Penerangan CU | Laksana rawatan ternakan ikan hiasan air tawar menerangkan keterampilan dalam memberikan khidmat rawatan kepada ternakan berpenyakit mengikut amalan biosekuriti. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan diagnosis penyakit ternakan ikan hiasan air tawar, lakukan rawatan ternakan ikan hiasan air tawar akibat parasit, lakukan rawatan ternakan ikan hiasan air tawar akibat fungus , lakukan rawatan ternakan ikan hiasan air tawar akibat bakteria, kawal ternakan ikan hiasan air tawar dari virus dan lakukan pemantauan pasca rawatan ternakan ikan hiasan air tawar. Hasilan CU ini adalah keupayaan mengawal serangan penyakit ternakan air tawar bagi memastikan kesihatan ternakan air tawar berada pada tahap optimum berdasarkan Amalan Akuakultur Baik. |
Tempoh Latihan | 200 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah keupayaan mengawal serangan penyakit ternakan ikan hiasan air tawar bagi memastikan kesihatan ternakan ikan hiasan air tawar berada pada tahap optimum berdasarkan Amalan Akuakultur Baik. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Lakukan diagnosis penyakit ternakan ikan hiasan air tawar. 2. Lakukan rawatan ternakan ikan hiasan air tawar akibat parasit. 3. Lakukan rawatan ternakan ikan hiasan air tawar akibat fungus. 4. Lakukan rawatan ternakan ikan hiasan air tawar akibat bakteria. 5. Kawal ternakan ikan hiasan air tawar dari virus. 6. Lakukan pemantauan pasca rawatan ternakan ikan hiasan air tawar. |
Pra-Syarat | Tidak Berkaitan |