Job Description (JD)
Nama Program | TERNAKAN IKAN HIASAN AIR TAWAR [A032-007-3:2023] |
---|---|
Kod CU | A032-007-3:2023-C08 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Laksana fungsi penyeliaan ternakan ikan hiasan air tawar. |
Penerangan CU | Laksana fungsi penyeliaan ternakan ikan hiasan air tawar menerangkan keterampilan dalam pelaksanaan tanggungjawab pentadbiran operasi bagi memastikan pematuhan kepada arahan, prosedur kerja dan Amalan Akuakultur Baik. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan jadual kerja operasi ternakan ikan hiasan air tawar, lakukan taklimat kerja ternakan ikan hiasan air tawar, kawal disiplin pekerja ternakan ikan hiasan air tawar, kendali latihan dalaman ternakan ikan hiasan air tawar, kawal selia stok tempat ternakan ikan hiasan air tawar dan lakukan penilaian prestasi pekerja bawahan. Hasilan CU ini adalah tanggungjawab penyeliaan dilaksanakan bagi memastikan sasaran produktiviti dicapai mengikut rancangan operasi. |
Tempoh Latihan | 120 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah tanggungjawab penyeliaan dilaksanakan bagi memastikan sasaran produktiviti dicapai mengikut rancangan operasi. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Sediakan jadual kerja operasi ternakan ikan hiasan air tawar. 2. Lakukan taklimat kerja ternakan ikan hiasan air tawar. 3. Kawal disiplin pekerja ternakan ikan hiasan air tawar. 4. Kendali latihan dalaman ternakan ikan hiasan air tawar. 5. Kawal selia stok tempat ternakan ikan hiasan air tawar. 6. Lakukan penilaian prestasi pekerja bawahan ternakan ikan hiasan air tawar. |
Pra-Syarat | Tidak Berkaitan |