JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN PENGUATKUASAAN AKTIVITI PERBURUHAN [O841-004-5:2023]
Kod CUO841-004-5:2023-C07
CompetencyCore
Tajuk CUKENDALI PEMBERHENTIAN PEKERJA
Penerangan CUKendali pemberhentian pekerja menerangkan proses permohonan yang dibuat oleh majikan untuk memberhentikan pekerjanya dengan menggunakan beberapa kaedah yang telah ditetapkan oleh Akta Kerja 1955.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh daftar permohonan pemberhentian pekerja, laksana penyiasatan permohonan pemberhentian pekerja dan laksana penilaian permohonan pemberhentian pekerja.

Hasilan CU ini ialah permohonan pemberhentian pekerja dikendalikan dengan cepat dan tepat berdasarkan Akta Kerja 1955 dan Pemberitahuan Pemberhentian Pekerja 2004.
Tempoh Latihan40
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini ialah pemberhentian pekerja dikendalikan dengan cepat untuk mengekalkan hubungan industri harmoni dan berdasarkan peruntukan undang-undang perburuhan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Daftar pemberhentian pekerja.
2. Laksana penyiasatan pemberhentian pekerja.
3. Laksana penilaian pemberhentian pekerja.
Pra-SyaratTidak Berkaitan