Job Description (JD)
Nama Program | SENI DAN KRAF BARANG KEMAS TRADISIONAL [C321-001-2:2023] |
---|---|
Kod CU | C321-001-2:2023-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Laksana reka bentuk barang kemas tradisional. |
Penerangan CU | Laksana reka bentuk barang kemas tradisional menerangkan tentang kompetensi menterjemahkan idea reka bentuk daripada ilham dan inspirasi sekeliling yang menekankan ciri-ciri dan elemen tradisional dalam bentuk lukisan. Lukisan ini dilakar mengikut peringkat bermula daripada lakaran atau contengan kasar secara free hand sehingga menjadi koleksi rekaan, ilustrasi dan lukisan teknik yang merupakan dokumen rujukan (media komunikasi) jurukraf untuk membangunkan model atau prototaip sebelum produk yang sebenar dihasilkan. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh buat model prototaip barang kemas tradisional, buat lukisan teknikal 2D barang kemas tradisional dan buat lukisan unjuran ortografik barang kemas tradisional. Hasilan CU ini ialah model atau prototaip produk barang kemas berciri tradisional yang dilengkapi dengan koleksi rekaan, ilustrasi dan lampiran dokumen teknikal yang menepati keperluan reka bentuk, konsep dan spesifikasi. |
Tempoh Latihan | 208 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini ialah pelatih boleh laksana reka bentuk barang kemas tradisional mengikut spesifikasi yang dikehendaki. |
Pra-Syarat | Tidak berkaitan. |