Job Description (JD)
Nama Program | SENI DAN KRAF BARANG KEMAS TRADISIONAL [C321-001-2:2023] |
---|---|
Kod CU | C321-001-2:2023-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Laksana pembuatan rantai reka bentuk tradisional. |
Penerangan CU | Laksana pembuatan rantai reka bentuk tradisional menerangkan tentang kompetensi dalam menghasilkan kraf barang kemas iaitu rantai perhiasan pada leher, tangan dan kaki yang diperbuat daripada komposisi logam berharga berkonsepkan reka bentuk tradisonal. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan pembentukan dawai logam rantai tradisional, lakukan pembentukan rantai tradisional dan lakukan kemasan rantai tradisional. Hasilan CU ini ialah barang kemas perhiasan iaitu rantai leher, tangan atau kaki reka bentuk tradisional yang memenuhi spesifikasi yang dikehendaki. |
Tempoh Latihan | 260 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini ialah pelatih mesti boleh laksana pembuatan rantai reka bentuk tradisional mengikut spesifikasi yang dikehendaki. |
Pra-Syarat | Tidak berkaitan. |