JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramSENI DAN KRAF BARANG KEMAS KONTEMPORARI [C321-001-3:2023]
Kod CUC321-001-3:2023-C01
CompetencyCore
Tajuk CULaksana reka bentuk barang kemas kontemporari.
Penerangan CULaksana reka bentuk barang kemas kontemporari menerangkan tentang kompetensi menterjemahkan idea reka bentuk daripada ilham dan inspirasi sekeliling yang menekankan ciri-ciri dan elemen kontemporari dalam bentuk lukisan. Lukisan ini dilakar mengikut peringkat bermula daripada lakaran atau contengan kasar secara free hand sehingga menjadi koleksi rekaan, ilustrasi dan lukisan teknik yang merupakan dokumen rujukan (media komunikasi) jurukraf untuk membangunkan model atau prototaip sebelum produk yang sebenar dihasilkan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh buat model prototaip barang kemas kontemporari, buat lukisan teknikal 2D barang kemas kontemporari buat lukisan unjuran ortografik barang kemas kontemporari dan buat portfolio reka bentuk barang kemas kontemporari.

Hasilan CU ini ialah adalah model atau protaip dan portfolio reka bentuk produk barang kemas kontemporari dilengkapi dengan koleksi rekaan, ilustrasi dan lampiran dokumen teknikal yang menepati keperluan reka bentuk, konsep dan spesifikasi.
Tempoh Latihan40
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini ialah pelatih mesti boleh laksana reka bentuk barang kemas kontemporari mengikut spesifikasi yang dikehendaki.
Pra-SyaratTidak berkaitan.