Job Description (JD)
Nama Program | SENI DAN KRAF BARANG KEMAS KONTEMPORARI [C321-001-3:2023] |
---|---|
Kod CU | C321-001-3:2023-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Laksana pembuatan acuan tuangan logam barang kemas. |
Penerangan CU | Laksana pembuatan acuan tuangan logam barang kemas menerangkan kompetensi tentang pembentukan acuan untuk menghasilkan barang kemas logam berharga dengan teknik dan pilihan bahan berbeza. Acuan ini digunakan untuk menempa bahan logam mengikut bentuk yang telah direka terlebih dahulu dengan model atau prototaip yang diukir daripada pelbagai bahan seperti lilin, resin dan lain-lain yang sesuai sebelum logam berharga sebenar ditempa menjadi produk akhir. Acuan ini boleh dihasilkan sama ada dengan menggunakan kaedah manual sepenuhnya atau kaedah mesin bergantung kepada kapasiti dan keperluan. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan pembentukan acuan tuangan barang kemas, lakukan penuangan logam barang kemas dan lakukan pemeriksaan kualiti tuangan logam barang kemas. Hasilan CU ini ialah acuan tuangan siap sempurna mengikut spesifikasi reka bentuk yang dikehendaki dan digunakan untuk menghasilkan barang kemas berharga. |
Tempoh Latihan | 240 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini ialah pelatih mesti boleh laksana pembuatan acuan tuangan logam barang kemas mengikut spesifikasi yang dikehendaki. |
Pra-Syarat | Tidak berkaitan. |