Job Description (JD)
Nama Program | SENI DAN KRAF BARANG KEMAS KONTEMPORARI [C321-001-3:2023] |
---|---|
Kod CU | C321-001-3:2023-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Laksana pembuatan rantai reka bentuk kontemporari. |
Penerangan CU | Laksana pembuatan rantai reka bentuk kontemporari menerangkan tentang kompetensi dalam menghasilkan kraf barang kemas, iaitu rantai perhiasan pada leher, tangan dan kaki yang diperbuat daripada komposisi logam berharga berkonsepkan reka bentuk kontemporari. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan pembentukan dawai logam rantai kontemporari, lakukan pembentukan rantai kontemporari, lakukan penyelarasan spesifikasi rantai kontemporari dan lakukan tatahias permukaan rantai kontemporari. Hasilan CU ini ialah produk barang kemas perhiasan, iaitu rantai leher, rantai tangan atau rantai kaki reka bentuk kontemporari yang memenuhi spesifikasi yang dikehendaki. |
Tempoh Latihan | 200 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini ialah pelatih mesti boleh laksana pembuatan rantai reka bentuk kontemporari mengikut spesifikasi yang dikehendaki. |
Pra-Syarat | Tidak berkaitan. |