JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramSENI DAN KRAF BARANG KEMAS KONTEMPORARI [C321-001-3:2023]
Kod CUC321-001-3:2023-E01
CompetencyElektif
Tajuk CULaksana pengujian ketulenan barang kemas.
Penerangan CULaksana pengujian ketulenan barang kemas menerangkan tentang kompetensi dalam pengujian ketulenan barang kemas yang diperbuat daripada logam-logam berharga. Pengujian ini dilakukan untuk mengesahkan gred atau mutu ketulenan barang kemas menepati piawaian standard ketulenan logam berharga.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh buat pemeriksaan warna logam barang kemas, lakukan pemeriksaan awal ketulenan barang kemas, lakukan pemeriksaan kemasan barang kemas, lakukan pemeriksaan fizikal barang kemas dan lakukan pengujian barang kemas.

Hasilan CU ini ialah ketulenan barang kemas disahkan dan memenuhi piawaian standard ketulenan logam berharga.
Tempoh Latihan160
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini ialah pelatih mesti boleh laksana pengujian ketulenan barang kemas mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).
Pra-SyaratTidak berkaitan.