Job Description (JD)
Nama Program | SENI DAN KRAF BARANG KEMAS KONTEMPORARI [C321-001-3:2023] |
---|---|
Kod CU | C321-001-3:2023-E02 |
Competency | Elektif |
Tajuk CU | Laksana penyaduran barang kemas. |
Penerangan CU | Laksana penyaduran barang kemas menerangkan kompetensi yang melibatkan proses menyalut permukaan barang kemas daripada logam dengan suatu lapisan logam lain yang berharga, nipis dan sekata. Tujuan penyaduran adalah untuk menambah nilai sesuatu produk seperti rantai, cincin dan lain-lain. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh buat penentuan jenis logam saduran, buat pencucian barang kemas saduran dan buat penyaduran barang kemas. Hasilan CU ini ialah koleksi produk barang kemas saduran daripada pelbagai jenis logam berharga yang memenuhi spesifikasi dan piawaian standard ketulenan logam berharga. |
Tempoh Latihan | 80 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini ialah pelatih mesti boleh laksana penyaduran barang kemas mengikut spesifikasi yang dikehendaki. |
Pra-Syarat | Tidak berkaitan. |