Job Description (JD)
Nama Program | PENTADBIRAN PENGUATKUASAAN AKTIVITI PERBURUHAN [O841-004-4:2023] |
---|---|
Kod CU | O841-004-4:2023-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | KENDALI PEMERIKSAAN AKTIVITI PERBURUHAN |
Penerangan CU | Kendali pemeriksaan aktiviti perburuhan menerangkan aktiviti pemeriksaan berkanun, estet, penginapan dan kesatuan sekerja sebagai langkah pembetulan (corrective action) dan pencegahan (preventive action) dalam kalangan majikan terhadap pematuhan undang-undang perburuhan. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh rancang aktiviti pemeriksaan, laksana aktiviti pemeriksaan dan laksana penilaian aktiviti pemeriksaan. Hasilan CU ini ialah aktiviti pemeriksaan berkanun, estet, penginapan dan kesatuan sekerja dilaksanakan mengikut Labour Inspection Convention 1947 (No.81), Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262) dan Akta Perhubungan Perusahaan 1997 (Akta 177). |
Tempoh Latihan | 488 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini ialah aktiviti pemeriksaan berkanun, estet, penginapan dan kesatuan sekerja dilaksanakan mengikut Labour Inspection Convention 1947 (No.81), Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262) dan Akta Perhubungan Perusahaan 1997 (Akta 177). Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Rancang aktiviti pemeriksaan. 2. Laksana aktiviti pemeriksaan. 3. Laksana penilaian aktiviti pemeriksaan. |
Pra-Syarat | Tidak Berkaitan |