JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENTADBIRAN PENGUATKUASAAN AKTIVITI PERBURUHAN [O841-004-4:2023]
Kod CUO841-004-4:2023-C02
CompetencyCore
Tajuk CUURUS PERMOHONAN PERMIT PERBURUHAN/ PERAKUAN PENGINAPAN
Penerangan CUUrus permohonan permit perburuhan/perakuan penginapan menerangkan proses permohonan permit perburuhan dan perakuan penginapan pekerja mengikut akta dan peraturan yang telah ditetapkan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh daftar permohonan perburuhan (permit perburuhan/perakuan penginapan/kelulusan pelan bangunan dan perakuan kelayakan (CF)), laksana penyiasatan permohonan permit perburuhan, laksana penyiasatan permohonan perakuan penginapan, laksana penyiasatan permohonan kelulusan pelan bangunan dan perakuan kelayakan (CF) serta laksana penilaian permohonan permit perburuhan/ perakuan penginapan.

Hasilan CU ini ialah permohonan permit perburuhan dan perakuan penginapan diproses mengikut Akta Kerja 1955 dan Peraturan-Peraturan Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja (Pekerja Yang Dikehendaki Untuk Disediakan Dengan Penginapan) 2021.
Tempoh Latihan488
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini ialah permohonan permit perburuhan dan perakuan penginapan diproses mengikut Akta Kerja 1955 dan Peraturan-Peraturan Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja (Pekerja Yang Dikehendaki Untuk Disediakan Dengan Penginapan) 2021.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Daftar permohonan perburuhan.
2. Laksana penyiasatan permohonan permit perburuhan.
3. Laksana penyiasatan permohonan perakuan penginapan.
4. Laksana penyiasatan permohonan kelulusan pelan bangunan dan perakuan kelayakan (CF).
5. Laksana penilaian permohonan permit perburuhan/ perakuan penginapan.
Pra-SyaratTidak Berkaitan