Job Description (JD)
Nama Program | PENTADBIRAN PENGUATKUASAAN AKTIVITI PERBURUHAN [O841-004-4:2023] |
---|---|
Kod CU | O841-004-4:2023-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | URUS PERMOHONAN PENGGAJIAN PEKERJA BUKAN WARGANEGARA |
Penerangan CU | Urus permohonan penggajian pekerja bukan warganegara menerangkan proses permohonan dan siasatan untuk menggaji pekerja bukan warganegara di Malaysia selain Negeri Sabah dan Sarawak. Proses permohonan ini mengikut Akta Kerja 1955. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh daftar permohonan penggajian pekerja bukan warganegara, laksana penyiasatan permohonan penggajian pekerja bukan warganegara, laksana penyiasatan permohonan penggajian Pekerja Domestik Asing (PDA) dan laksana penilaian permohonan penggajian pekerja bukan warganegara. Hasilan CU ini ialah permohonan penggajian pekerja bukan warganegara diproses mengikut akta yang telah ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 366 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini ialah permohonan penggajian pekerja bukan warganegara diproses mengikut akta yang telah ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Daftar permohonan penggajian pekerja bukan warganegara. 2. Laksana penyiasatan permohonan penggajian pekerja asing. 3. Laksana penyiasatan permohonan penggajian Pekerja Domestik Asing (PDA). 4. Laksana penilaian permohonan penggajian pekerja bukan warganegara. |
Pra-Syarat | Tidak Berkaitan |