Job Description (JD)
Nama Program | PENTADBIRAN PENGUATKUASAAN AKTIVITI PERBURUHAN [O841-004-4:2023] |
---|---|
Kod CU | O841-004-4:2023-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | URUS PERMOHONAN LESEN PEKERJA BUKAN PEMASTAUTIN |
Penerangan CU | Urus permohonan lesen pekerja bukan pemastautin menerangkan proses permohonan dan siasatan untuk mengeluarkan lesen pekerja bukan pemastautin. Lesen ini hanya dikeluarkan oleh Negeri Sabah dan Sarawak sahaja berdasarkan Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) atau Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76). Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh daftar permohonan lesen pekerja bukan pemastautin, laksana penyiasatan permohonan lesen dan laksana penilaian permohonan lesen pekerja bukan pemastautin. Hasilan CU ini ialah permohonan lesen pekerja bukan pemastautin diproses mengikut Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) atau Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76). |
Tempoh Latihan | 366 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini ialah permohonan lesen pekerja bukan pemastautin diproses mengikut Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) atau Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76). Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Daftar permohonan lesen pekerja bukan pemastautin. 2. Laksana penyiasatan permohonan lesen. 3. Laksana penilaian permohonan lesen pekerja bukan pemastautin. |
Pra-Syarat | Tidak Berkaitan |