Job Description (JD)
Nama Program | PENTADBIRAN PENGUATKUASAAN AKTIVITI PERBURUHAN [O841-004-4:2023] |
---|---|
Kod CU | O841-004-4:2023-C05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | URUS PERMOHONAN LESEN AGENSI PEKERJAAN SWASTA (APS) |
Penerangan CU | Urus permohonan lesen Agensi Pekerjaan Swasta (APS) menerangkan proses permohonan lesen agensi pekerja swasta di Malaysia. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh daftar permohonan lesen Agensi Pekerjaan Swasta (APS), laksana penilaian permohonan lesen Agensi Pekerjaan Swasta (APS) dan laksana penyiasatan permohonan lesen Agensi Pekerjaan Swasta (APS). Hasilan CU ini ialah permohonan lesen agensi pekerjaan swasta diproses mengikut Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 [Akta 246]. |
Tempoh Latihan | 366 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini ialah permohonan lesen Agensi Pekerjaan Swasta (APS) diproses mengikut Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 [Akta 246]. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Daftar permohonan lesen Agensi Pekerjaan Swasta (APS). 2. Laksana penyiasatan permohonan lesen Agensi Pekerjaan Swasta (APS). 3. Laksana penilaian permohonan lesen Agensi Pekerjaan Swasta (APS). |
Pra-Syarat | Tidak Berkaitan |