Job Description (JD)
Nama Program | PENTADBIRAN PENGUATKUASAAN AKTIVITI PERBURUHAN [O841-004-4:2023] |
---|---|
Kod CU | O841-004-4:2023-C06 |
Competency | Core |
Tajuk CU | URUS PENGANJURAN PENDIDIKAN PERBURUHAN |
Penerangan CU | Urus penganjuran pendidikan perburuhan menerangkan aktiviti mendidik dan memberi kesedaran kepada para majikan dan pekerja tentang undang-undang yang perlu dipatuhi dan pemahaman tentang hak masing-masing. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh laksana perancangan aktiviti pendidikan perburuhan, laksana persiapan aktiviti pendidikan perburuhan, laksana aktiviti pendidikan perburuhan dan laksana penyediaan laporan aktiviti pendidikan perburuhan. Hasilan CU ini ialah bagi mengurangkan statistik aduan oleh pihak pekerja dan pelanggaran undang-undang buruh oleh pihak majikan di samping memberikan kefahaman yang tepat tentang hak dan kewajipan masing-masing di bawah suatu kontrak perkhidmatan pekerjaan. |
Tempoh Latihan | 366 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini ialah bagi mengurangkan statistik aduan oleh pihak pekerja dan pelanggaran undang-undang buruh oleh pihak majikan di samping memberi kefahaman yang tepat mengenai hak dan kewajipan masing-masing di bawah suatu kontrak perkhidmatan pekerjaan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Laksana perancangan aktiviti pendidikan perburuhan. 2. Laksana persiapan aktiviti pendidikan perburuhan. 3. Laksana aktiviti pendidikan perburuhan. 4. Laksana penyediaan laporan aktiviti pendidikan perburuhan. |
Pra-Syarat | Tidak Berkaitan |