Job Description (JD)
Nama Program | KRAF TANGAN ANYAMAN WARISAN [C162-001-3:2024] |
---|---|
Kod CU | C162-001-3:2024-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKUKAN PENYEDIAAN STOK BAHAN ANYAMAN |
Penerangan CU | Lakukan Penyediaan Stok Bahan Anyaman menerangkan keterampilan dalam melaksanakan pemilihan stok bahan mentah anyaman, pengawetan dan pewarnaan stok bahan mentah mengikut keperluan permintaan produk. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh melakukan sedia bahan mentah anyaman, buat pengawetan bahan mentah dan buat pewarnaan bahan mentah anyaman. Hasilan CU ini adalah untuk menentukan stok bahan mentah anyaman berkualiti dan penggredan dipilih mengikut permintaan pelanggan. |
Tempoh Latihan | 184 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih mesti boleh sedia stok bahan mentah anyaman bagi menentukan stok bahan mentah anyaman yang berkualiti mengikut penggredan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Sedia bahan mentah anyaman. 2. Awet bahan mentah anyaman. 3. Warna bahan mentah anyaman. |
Pra-Syarat | Tiada |