Job Description (JD)
Nama Program | KRAF TANGAN ANYAMAN WARISAN [C162-001-3:2024] |
---|---|
Kod CU | C162-001-3:2024-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | HASILKAN PRODUK ANYAMAN GEGELUNG |
Penerangan CU | Hasilkan Produk Anyaman Gegelung menerangkan keterampilan dalam melaksanakan pengeluaran produk anyaman gegelung mengikut lakaran spesifikasi produk. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh melakukan buat pembentukan produk anyaman gegelung, periksa kualiti hasil produk anyaman gegelung, buat kerja kemasiapan produk anyaman gegelung dan simpan hasil produk anyaman gegelung. Hasilan CU ini adalah keterampilan dalam pengeluaran produk berkualiti dan bercorak anyaman mengikut reka bentuk permintaan pelanggan. |
Tempoh Latihan | 368 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih mesti boleh hasilkan produk anyaman gegelung yang berkualiti mengikut corak anyaman reka bentuk lakaran. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Buat pembentukan produk anyaman gegelung. 2. Periksa kualiti hasil produk anyaman gegelung. 3. Buat kerja kemasiapan produk anyaman gegelung. 4. Simpan hasil produk anyaman gegelung. |
Pra-Syarat | Tiada |