JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKRAF TANGAN ANYAMAN WARISAN [C162-001-3:2024]
Kod CUC162-001-3:2024-C06
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA AKTIVITI BENGKEL ANYAMAN
Penerangan CULaksana Aktiviti Bengkel Anyaman menerangkan keterampilan dalam melaksanakan kerja pengendalian bengkel berjadual dan selamat mengikut garis panduan pihak berkuasa tempatan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh susun atur kemudahan bengkel anyaman, kemas stor penyimpanan, asing bahan lebihan aktiviti anyaman dan kira kos produk dan harga jualan.

Hasilan CU ini adalah keterampilan dalam aktiviti bengkel, keselamatan diatur mengikut garis panduan pihak berkuasa tempatan.
Tempoh Latihan184
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih mesti boleh menyusun aktiviti bengkel anyaman dalam pembentukan aktiviti bengkel dan faktor keselamatan mengikut garis panduan pihak berkuasa tempatan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Susun atur kemudahan bengkel anyaman.
2. Kendali stor penyimpanan.
3. Kendali bahan lebihan aktiviti anyaman.
4. Kira kos produk dan harga jualan anyaman.
5. Promosi pemasaran produk anyaman.
Pra-SyaratTiada