JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKRAF TANGAN ANYAMAN WARISAN [C162-001-3:2024]
Kod CUC162-001-3:2024-E01
CompetencyElektif
Tajuk CUHASILKAN PEMBUNGKUSAN PRODUK
Penerangan CUHasilkan Pembungkusan Produk menerangkan keterampilan dalam melaksanakan kerja pembungkusan produk anyaman mengikut keperluan proses penghantaran.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh buat kerja pembungkusan balutan, buat kerja pembungkusan kotak dan buat kerja penandaan hasil bungkusan.

Hasilan CU ini adalah keterampilan dalam menjamin kualiti dan kerosakan produk dikawal mengikut kaedah pembungkusan.
Tempoh Latihan184
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih mesti boleh hasilkan pembungkusan produk dalam mengawal kerosakan melalui kaedah pembungkusan bagi menjamin kualiti produk.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Buat pembungkusan balutan.
2. Buat pembungkusan kotak.
3. Buat penandaan penghantaran bungkusan.
Pra-SyaratTiada