JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPEMERIKSAAN JENTERA MENGANGKAT I [M711-010-4:2024]
Kod CUM711-010-4:2024-C01
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PEMERIKSAAN PERMULAAN / MODIFIKASI JENTERA MENGANGKAT I
Penerangan CULaksana pemeriksaan permulaan / modifikasi jentera mengangkat I menerangkan pemeriksaan keselamatan jentera mengangkat yang baru dipasang atau berdaftar yang dirombak dan berpindah lokasi bersama Orang Kompeten (OK) yang berkenaan untuk memulakan pengoperasian oleh badan yang diberi kuasa.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh untuk tentusahkan permohonan pemeriksaan permulaan / modifikasi jentera mengangkat I, semak dokumen verifikasi reka bentuk, lakukan pemeriksaan fizikal jentera mengangkat I, saksikan ujian fungsi jentera mengangkat I dan peranti keselamatan, saksikan ujian beban, dan sedia hasil pemeriksaan permulaan / modifikasi jentera mengangkat I.

Hasilan CU ini, personel berkebolehan untuk menjalankan dan membuat pemeriksaan permulaan jentera mengangkat bersama Orang Kompeten (OK) yang berkenaan untuk crane dan MEWP bagi menentukan jentera mengangkat layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan.
Tempoh Latihan1220
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini, personel berkebolehan untuk menjalankan dan membuat pemeriksaan permulaan jentera mengangkat bersama Orang Kompeten (OK) yang berkenaan untuk crane dan MEWP bagi menentukan jentera mengangkat layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Tentusahkan permohonan pemeriksaan permulaan / modifikasi jentera mengangkat I.
2. Semak dokumen verifikasi reka bentuk.
3. Lakukan pemeriksaan fizikal jentera mengangkat I.
4. Saksikan ujian fungsi jentecra mengangkat I dan peranti keselamatan.
5. Saksikan ujian beban.
6. Sediakan hasil pemeriksaan permulaan / modifikasi jentera mengangkat I.
Pra-SyaratTidak berkaitan.