Job Description (JD)
Nama Program | PEMERIKSAAN JENTERA MENGANGKAT I [M711-010-4:2024] |
---|---|
Kod CU | M711-010-4:2024-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKSANA PEMERIKSAAN BERKALA JENTERA MENGANGKAT I |
Penerangan CU | Laksana pemeriksaan berkala jentera mengangkat I menerangkan tentang pemeriksaan keselamatan jentera mengangkat yang telah didaftarkan bersama Orang Kompeten (OK) yang berkenaan untuk meneruskan pengoperasian oleh badan yang diberi kuasa. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh untuk tentusahkan permohonan pemeriksaan berkala jentera mengangkat I, lakukan pemeriksaan fizikal jentera mengangkat I, saksikan ujian fungsi jentera mengangkat I dan peranti keselamatan, saksikan ujian beban, dan sedia hasil pemeriksaan berkala jentera mengangkat I. Hasilan CU ini, personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan berkala jentera mengangkat bersama Orang Kompeten (OK) yang berkenaan dan membuat kepetusan pemeriksaan untuk crane dan MEWP bagi menentukan jentera mengangkat layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 610 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini, personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan berkala jentera mengangkat bersama Orang Kompeten (OK) yang berkenaan dan membuat kepetusan pemeriksaan untuk crane dan MEWP bagi menentukan jentera mengangkat layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Tentusahkan permohonan pemeriksaan berkala jentera mengangkat I. 2. Lakukan pemeriksaan fizikal jentera mengangkat I. 3. Saksikan ujian fungsi jentera mengangkat I dan peranti keselamatan. 4. Saksikan ujian beban. 5. Sediakan hasil pemeriksaan berkala jentera mengangkat I. |
Pra-Syarat | Terampil dalam M711-010-4:2024-C01 Laksana pemeriksaan permulaan / modifikasi jentera mengangkat I. |