Job Description (JD)
Nama Program | PEMERIKSAAN JENTERA MENGANGKAT I [M711-010-4:2024] |
---|---|
Kod CU | M711-010-4:2024-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKSANA PEMERIKSAAN PEMBAIKAN JENTERA MENGANGKAT I |
Penerangan CU | Laksana pemeriksaan pembaikan jentera mengangkat I menerangkan tentang pemeriksaan keselamatan jentera mengangkat yang telah dibaikpulih bersama Orang Kompeten (OK) yang berkenaan untuk meneruskan pengoperasian. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh untuk tentusahkan permohonan pemeriksaan pembaikan jentera mengangkat I, lakukan pemeriksaan pembaikan jentera mengangkat I, saksikan ujian fungsi jentera mengangkat I dan peranti keselamatan, saksikan ujian beban dan sedia hasil pemeriksaan pembaikan jentera mengangkat I. Hasilan CU ini, personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan pembaikan jentera mengangkat bersama Orang Kompeten (OK) yang berkenaan dan membuat keputusan pemeriksaan untuk crane, mobile elevating work platform bagi menentukan jentera mengangkat layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 488 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini, personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan pembaikan jentera mengangkat bersama Orang Kompeten (OK) yang berkenaan dan membuat keputusan pemeriksaan untuk crane, mobile elevating work platform bagi menentukan jentera mengangkat layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Tentusahkan permohonan pemeriksaan pembaikan jentera mengangkat I. 2. Lakukan pemeriksaan pembaikan jentera mengangkat I. 3. Saksikan ujian fungsi jentera mengangkat I dan peranti keselamatan. 4. Saksikan ujian beban. 5. Sediakan hasil pemeriksaan pembaikan jentera mengangkat I. |
Pra-Syarat | Terampil dalam M711-010-4:2024-C02 Laksana pemeriksaan berkala jentera mengangkat I |