JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPEMERIKSAAN BEJANA TEKANAN [M711-007-5:2024]
Kod CUM711-007-5:2024-C01
CompetencyCore
Tajuk CULaksana pemeriksaan permulaan / modifikasi bejana tekanan
Penerangan CULaksana pemeriksaan permulaan / modifikasi bejana tekanan menerangkan pemeriksaan permulaan / modifikasi terhadap jentera BT untuk mendapatkan kelayakan jentera berperakuan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh tentusahkan surat kebenaran memasang / modifikasi bejana tekanan, rancang pemeriksaan bejana tekanan, periksa pemasangan / modifikasi bejana tekanan, periksa integriti bejana tekanan, saksikan pelaksanaan ujian tekanan bejana tekanan, saksikan ujian fungsi pepasangan bejana tekanan, sedia laporan pemeriksaan permulaan / modifikasi bejana tekanan.

Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan permulaan ke atas Bejana Tekanan mampu membuat penilaian dan keputusan bagi menentukan Bejana Tekanan layak diberi Perakuan Kelayakan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan.
Tempoh Latihan1296
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini, personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan permulaan ke atas Bejana Tekanan mampu membuat penilaian dan keputusan bagi menentukan Bejana Tekanan layak diberi Perakuan Kelayakan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Tentusahkan surat kebenaran memasang / modifikasi bejana tekanan.
2. Rancang pemeriksaan bejana tekanan.
3. Periksa pemasangan / modifikasi bejana tekanan.
4. Periksa integriti bejana tekanan.
5. Saksikan pelaksanaan ujian tekanan bejana tekanan.
6. Saksikan ujian fungsi pepasangan bejana tekanan.
7. Sedia laporan pemeriksaan permulaan / modifikasi bejana tekanan.
Pra-SyaratTidak berkenaan.