JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPEMERIKSAAN JENTERA MENGANGKAT (LIF, ESKALATOR/PEJALAN BERGERAK) [M711-009-5:2024]
Kod CUM711-009-5:2024-C01
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PEMERIKSAAN PERMULAAN / MODIFIKASI LIF
Penerangan CULaksana pemeriksaan permulaan / modifikasi lif menerangkan pemeriksaan jentera mengangkat lif yang baru dipasang atau pemeriksaan modifikasi bersama orang kompeten (OK) untuk memulakan pengoperasian jentera jentera mengangkat lif.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh tentusahkan permohonan pemeriksaan permulaan/modifikasi lif, rancang keperluan pemeriksaan permulaan/modifikasi lif, lakukan pemeriksaan bilik/ruang jentera, lakukan pemeriksaan car top dan kelengkapan lift shaft, lakukan pemeriksaan lift pit, lakukan pemeriksaan lift car dan pintu lataran (landing door), verifikasi data prestasi lif dan sediakan hasil pemeriksaan permulaan/modifikasi lif.

Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan permulaan/modifikasi bersama orang kompeten (OK), membuat keputusan pemeriksaan untuk jentera mengangkat lif bagi menentukan jentera mengangkat lif layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan permulaan/modifikasi merujuk kepada perundangan yang ditetapkan.
Tempoh Latihan1296
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini, personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan permulaan/modifikasi bersama orang kompeten (OK), membuat keputusan pemeriksaan untuk jentera mengangkat lif bagi menentukan jentera mengangkat lif layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan permulaan/modifikasi merujuk kepada perundangan yang ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Tentusahkan permohonan pemeriksaan permulaan / modifikasi lif.
2. Rancang keperluan pemeriksaan permulaan / modifikasi lif.
3. Lakukan pemeriksaan bilik/ruang jentera.
4. Lakukan pemeriksaan car top dan kelengkapan lift shaft.
5. Lakukan pemeriksaan lift pit.
6. Lakukan pemeriksaan lift car dan pintu lataran (landing door).
7. Verifikasi data prestasi lif.
8. Sediakan hasil pemeriksaan permulaan / modifikasi lif.
Pra-SyaratTidak berkenaan