Job Description (JD)
Nama Program | PEMERIKSAAN BEJANA TEKANAN [M711-007-5:2024] |
---|---|
Kod CU | M711-007-5:2024-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Laksana pemeriksaan berkala / tambahan bejana tekanan |
Penerangan CU | Laksana pemeriksaan berkala / tambahan bejana tekanan menerangkan pemeriksaan untuk memperbaharui kelayakan terhadap jentera berperakuan BT yang telah tamat tempoh. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh rancang pemeriksaan berkala bejana tekanan, jalankan pemeriksaan berkala bejana tekanan, sedia laporan pemeriksaan berkala bejana tekanan dan jalankan pemeriksaan tambahan bejana tekanan. Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan berkala ke atas BT serta mampu membuat penilaian, mengeluarkan keputusan bagi menentukan BT layak diberi Perakuan Kelayakan serta menjalankan pemeriksaan tambahan bagi BT yang tidak mematuhi kehendak yang berkaitan pemeriksaan jentera di bawah akta, peraturan dan standard diluluskan. |
Tempoh Latihan | 1134 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini, personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan berkala ke atas BT serta mampu membuat penilaian, mengeluarkan keputusan bagi menentukan BT layak diberi Perakuan Kelayakan serta menjalankan pemeriksaan tambahan bagi BT yang tidak mematuhi kehendak yang berkaitan pemeriksaan jentera di bawah akta, peraturan dan standard diluluskan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Rancang pemeriksaan berkala bejana tekanan. 2. Jalankan pemeriksaan berkala bejana tekanan. 3. Sedia laporan pemeriksaan berkala bejana tekanan. 4. Jalankan pemeriksaan tambahan bejana tekanan. |
Pra-Syarat | Terampil dalam M711-007-5:2024-C01 Laksana pemeriksaan permulaan / modifikasi bejana tekanan. |