Job Description (JD)
Nama Program | PEMERIKSAAN BEJANA TEKANAN [M711-007-5:2024] |
---|---|
Kod CU | M711-007-5:2024-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Laksana pemeriksaan pembaikan bejana tekanan |
Penerangan CU | Laksana pemeriksaan pembaikan bejana tekanan menerangkan pemeriksaan untuk setiap jentera berperakuan yang telah menjalani pembaikan terhadap jentera untuk mendapatkan kelayakan jentera berperakuan. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh rancang pemeriksaan pembaikan bejana tekanan, jalankan pemeriksaan pembaikan bejana tekanan, sedia laporan pemeriksaan pembaikan bejana tekanan. Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan pembaikan ke atas Bejana Tekanan, mampu membuat penilaian dan keputusan bagi menentukan Bejana Tekanan layak diberi Perakuan Kelayakan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 486 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini, personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan pembaikan ke atas Bejana Tekanan, mampu membuat penilaian dan keputusan bagi menentukan Bejana Tekanan layak diberi Perakuan Kelayakan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Rancang pemeriksaan pembaikan bejana tekanan. 2. Jalankan pemeriksaan pembaikan bejana tekanan. 3. Sedia laporan pemeriksaan pembaikan bejana tekanan. |
Pra-Syarat | Terampil dalam M711-007-5:2024-C02 Laksana pemeriksaan berkala / tambahan bejana tekanan |