JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPEMERIKSAAN BEJANA TEKANAN [M711-007-5:2024]
Kod CUM711-007-5:2024-C04
CompetencyCore
Tajuk CULaksana pemeriksaan lanjutan bejana tekanan
Penerangan CULaksana pemeriksaan lanjutan bejana tekanan menerangkan pemeriksaan secara luaran jentera berperakuan terhadap jentera BT dan semakan dokumentasi yang dijalankan sebelum pelanjutan perakuan kelayakan diberikan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh rancang pemeriksaan lanjutan bejana tekanan, jalankan pemeriksaan lanjutan bejana tekanan dan sedia laporan pemeriksaan lanjutan bejana tekanan.

Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan lanjutan perakuan kelayakan ke atas BT, mampu membuat penilaian dan keputusan bagi menentukan BT layak diberi Perakuan Kelayakan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan.

Tempoh Latihan324
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini, personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan lanjutan perakuan kelayakan ke atas BT, mampu membuat penilaian dan keputusan bagi menentukan BT layak diberi Perakuan Kelayakan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Rancang pemeriksaan lanjutan bejana tekanan.
2. Jalankan pemeriksaan lanjutan bejana tekanan.
3. Sedia laporan pemeriksaan lanjutan bejana tekanan.
Pra-SyaratTerampil dalam M711-007-5:2024-C03 Laksana pemeriksaan pembaikan bejana tekanan.