Job Description (JD)
Nama Program | PEMERIKSAAN JENTERA MENGANGKAT (LIF, ESKALATOR/PEJALAN BERGERAK) [M711-009-5:2024] |
---|---|
Kod CU | M711-009-5:2024-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKSANA PEMERIKSAAN BERKALA / TAMBAHAN LIF |
Penerangan CU | Laksana pemeriksaan berkala / tambahan lif menerangkan pemeriksaan jentera mengangkat lif yang telah didaftarkan bersama orang kompeten (OK) untuk meneruskan pengoperasian jentera mengangkat lif. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh tentusahkan butiran permohonan pemeriksaan berkala/tambahan lif, rancang keperluan pemeriksaan berkala/tambahan lif, lakukan pemeriksaan bilik/ruang jentera, lakukan pemeriksaan car top dan kelengkapan lift shaft, lakukan pemeriksaan lift pit, lakukan pemeriksaan lift car dan pintu lataran (landing door), verifikasi data prestasi lif dan sediakan hasil pemeriksaan berkala/tambahan lif. Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan berkala/tambahan bersama orang kompeten (OK), membuat keputusan pemeriksaan untuk jentera mengangkat lif bagi menentukan jentera mengangkat lif layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan berkala/tambahan merujuk kepada perundangan yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 324 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini, personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan berkala/tambahan bersama orang kompeten (OK), membuat keputusan pemeriksaan untuk jentera mengangkat lif bagi menentukan jentera mengangkat lif layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan berkala/tambahan merujuk kepada perundangan yang ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Tentusahkan butiran permohonan pemeriksaan berkala / tambahan lif. 2. Rancang keperluan pemeriksaan berkala / tambahan lif. 3. Lakukan pemeriksaan bilik/ruang jentera. 4. Lakukan pemeriksaan car top dan kelengkapan lift shaft. 5. Lakukan pemeriksaan lift pit. 6. Lakukan pemeriksaan lift car dan pintu lataran (landing door). 7. Verifikasi data prestasi lif. 8. Sediakan hasil pemeriksaan berkala / tambahan lif. |
Pra-Syarat | Terampil dalam M711-009-5:2024-C01 Laksana pemeriksaan permulaan/modifikasi lif. |