JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPEMERIKSAAN JENTERA MENGANGKAT (LIF, ESKALATOR/PEJALAN BERGERAK) [M711-009-5:2024]
Kod CUM711-009-5:2024-C03
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PEMERIKSAAN PEMBAIKAN LIF
Penerangan CULaksana pemeriksaan pembaikan lif menerangkan pemeriksaan jentera mengangkat lif yang telah dibaikpulih bersama orang kompeten (OK) untuk meneruskan pengoperasian jentera mengangkat lif.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh tentusahkan butiran permohonan pemeriksaan pembaikan lif, rancang keperluan pemeriksaan pembaikan lif, lakukan pemeriksaan kerja pembaikan dan sediakan hasil pemeriksaan pembaikan lif.

Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan pembaikan bersama orang kompeten (OK), membuat keputusan pemeriksaan untuk jentera mengangkat lif bagi menentukan jentera mengangkat lif layak diberi kelulusan selepas pemeriksaan pembaikan merujuk kepada perundangan yang ditetapkan.
Tempoh Latihan162
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini, personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan pembaikan bersama orang kompeten (OK), mampu membuat analisis, membuat keputusan pemeriksaan untuk jentera mengangkat lif bagi menentukan jentera mengangkat lif layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan pembaikan merujuk kepada perundangan yang ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Tentusahkan butiran permohonan pemeriksaan pembaikan lif.
2. Rancang keperluan pemeriksaan pembaikan lif.
3. Lakukan pemeriksaan kerja pembaikan.
4. Sediakan hasil pemeriksaan pembaikan lif.
Pra-SyaratTerampil dalam M711-009-5:2024-C02 Laksana pemeriksaan berkala / tambahan lif.