Job Description (JD)
Nama Program | PEMERIKSAAN JENTERA MENGANGKAT (LIF, ESKALATOR/PEJALAN BERGERAK) [M711-009-5:2024] |
---|---|
Kod CU | M711-009-5:2024-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKSANA PEMERIKSAAN LANJUTAN LIF |
Penerangan CU | Laksana pemeriksaan lanjutan lif menerangkan pemeriksaan jentera mengangkat lif bersama orang kompeten (OK) bagi melanjutkan tempoh perakuan kelayakan (maksimum 9 bulan) untuk meneruskan pengoperasian jentera mengangkat lif. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh tentusahkan permohonan pemeriksaan lanjutan lif, rancang keperluan pemeriksaan lanjutan lif, lakukan pemeriksaan visual lif dan sediakan hasil pemeriksaan lanjutan lif. Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan lanjutan bersama orang kompeten (OK), membuat keputusan pemeriksaan untuk jentera mengangkat lif bagi menentukan jentera mengangkat lif layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan lanjutan merujuk kepada perundangan yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 162 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini, personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan lanjutan bersama orang kompeten (OK), membuat keputusan pemeriksaan untuk jentera mengangkat lif bagi menentukan jentera mengangkat lif layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan lanjutan merujuk kepada perundangan yang ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Tentusahkan butiran permohonan pemeriksaan lanjutan lif. 2. Rancang keperluan pemeriksaan lanjutan lif. 3. Lakukan pemeriksaan visual lif. 4. Sediakan hasil pemeriksaan lanjutan lif. |
Pra-Syarat | Terampil dalam M711-009-5:2024-C03 Laksana pemeriksaan lanjutan lif. |