Job Description (JD)
Nama Program | PEMERIKSAAN JENTERA MENGANGKAT (LIF, ESKALATOR/PEJALAN BERGERAK) [M711-009-5:2024] |
---|---|
Kod CU | M711-009-5:2024-C05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKSANA PEMERIKSAAN PERMULAAN / MODIFIKASI ESKALATOR / PEJALAN BERGERAK |
Penerangan CU | Laksana pemeriksaan permulaan / modifikasi eskalator / pejalan bergerak menerangkan pemeriksaan jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak yang baru dipasang atau pemeriksaan modifikasi bersama orang kompeten (OK) untuk memulakan pengoperasian jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh tentusahkan butiran permohonan pemeriksaan permulaan/modifikasi eskalator/pejalan bergerak, rancang keperluan pemeriksaan permulaan/modifikasi eskalator/pejalan bergerak, lakukan pemeriksaan machine room, building interfaces dan eskalator/ pejalan bergerak dan sediakan hasil pemeriksaan permulaan/modifikasi eskalator/pejalan bergerak. Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan permulaan/modifikasi bersama orang kompeten (OK), membuat keputusan pemeriksaan untuk jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak bagi menentukan jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan permulaan/modifikasi merujuk kepada perundangan yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 648 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini, personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan permulaan/modifikasi bersama orang kompeten (OK), mampu membuat analisis, membuat keputusan pemeriksaan untuk jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak bagi menentukan jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan permulaan/modifikasi merujuk kepada perundangan yang ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Tentusahkan butiran permohonan pemeriksaan permulaan / modifikasi eskalator/ pejalan bergerak. 2. Rancang keperluan pemeriksaan permulaan/ modifikasi eskalator/ pejalan bergerak. 3. Lakukan pemeriksaan machine area, building interfaces dan eskalator/ pejalan bergerak. 4. Sediakan hasil pemeriksaan permulaan/ modifikasi eskalator/ pejalan bergerak. |
Pra-Syarat | Terampil dalam M711-009-5:2024-C04 Laksana pemeriksaan lanjutan lif. |