Job Description (JD)
Nama Program | PEMERIKSAAN JENTERA MENGANGKAT (LIF, ESKALATOR/PEJALAN BERGERAK) [M711-009-5:2024] |
---|---|
Kod CU | M711-009-5:2024-C06 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKSANA PEMERIKSAAN BERKALA / TAMBAHAN ESKALATOR / PEJALAN BERGERAK |
Penerangan CU | Laksana pemeriksaan berkala / tambahan eskalator / pejalan bergerak menerangkan pemeriksaan jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak yang telah didaftarkan bersama orang kompeten (OK) untuk meneruskan pengoperasian jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh tentusahkan butiran permohonan pemeriksaan berkala/tambahan eskalator/pejalan bergerak, rancang keperluan pemeriksaan berkala/tambahan eskalator/pejalan bergerak, lakukan pemeriksaan machine room, building interfaces dan eskalator/ pejalan bergerak dan sediakan hasil pemeriksaan berkala/tambahan eskalator/pejalan bergerak. Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan berkala/tambahan bersama orang kompeten (OK), membuat keputusan pemeriksaan untuk jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak bagi menentukan jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan berkala/tambahan merujuk kepada perundangan yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 324 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini, personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan berkala/tambahan bersama orang kompeten (OK), membuat keputusan pemeriksaan untuk jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak bagi menentukan jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan berkala/tambahan merujuk kepada perundangan yang ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Tentusahkan butiran permohonan pemeriksaan berkala/ tambahan eskalator/ penjalan bergerak. 2. Rancang keperluan pemeriksaan berkala/ tambahan eskalator/ penjalan bergerak. 3. Lakukan pemeriksaan machine room, building interfaces dan eskalator/ pejalan bergerak. 4. Sediakan hasil pemeriksaan berkala/ tambahan eskalator/ pejalan bergerak. |
Pra-Syarat | Terampil dalam M711-009-5:2024-C05 Laksana pemeriksaan permulaan / modifikasi eskalator / pejalan bergerak. |