JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPEMERIKSAAN JENTERA MENGANGKAT (LIF, ESKALATOR/PEJALAN BERGERAK) [M711-009-5:2024]
Kod CUM711-009-5:2024-C07
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PEMERIKSAAN PEMBAIKAN ESKALATOR / PEJALAN BERGERAK
Penerangan CULaksana pemeriksaan pembaikan eskalator / pejalan bergerak menerangkan pemeriksaan jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak yang telah dibaikpulih bersama orang kompeten (OK) untuk meneruskan pengoperasian jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh tentusahkan butiran permohonan pemeriksaan pembaikan eskalator/pejalan bergerak, rancang keperluan pemeriksaan pembaikan eskalator/pejalan bergerak, lakukan pemeriksaan machine room, building interfaces dan eskalator/ pejalan bergerak dan sediakan hasil pemeriksaan pembaikan eskalator/pejalan bergerak.

Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan pembaikan bersama orang kompeten (OK), membuat keputusan pemeriksaan untuk jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak bagi menentukan jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak layak diberi kelulusan selepas pemeriksaan pembaikan merujuk kepada perundangan yang ditetapkan.
Tempoh Latihan324
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini, personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan pembaikan bersama orang kompeten (OK), membuat keputusan pemeriksaan untuk jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak bagi menentukan jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak layak diberi kelulusan selepas pemeriksaan pembaikan merujuk kepada perundangan yang ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Tentusahkan butiran permohonan pemeriksaan pembaikan eskalator/ pejalan bergerak.
2. Rancang keperluan pemeriksaan pembaikan eskalator/ pejalan bergerak.
3. Lakukan pemeriksaan machine room, building interfaces dan eskalator/ pejalan bergerak.
4. Sediakan hasil pemeriksaan pembaikan eskalator/ pejalan bergerak.
Pra-SyaratTerampil dalam M711-009-5:2024-C06 Laksana pemeriksaan berkala / tambahan eskalator / pejalan bergerak.