JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPEMERIKSAAN JENTERA MENGANGKAT (LIF, ESKALATOR/PEJALAN BERGERAK) [M711-009-5:2024]
Kod CUM711-009-5:2024-C08
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PEMERIKSAAN LANJUTAN ESKALATOR / PEJALAN BERGERAK
Penerangan CULaksana pemeriksaan lanjutan eskalator / pejalan bergerak menerangkan pemeriksaan jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak bersama orang kompeten (OK) bagi melanjutkan tempoh perakuan kelayakan (maksimum 9 bulan) untuk meneruskan pengoperasian jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh tentusahkan butiran permohonan pemeriksaan lanjutan eskalator/pejalan bergerak, rancang keperluan pemeriksaan lanjutan eskalator/pejalan bergerak, lakukan pemeriksaan machine room, building interfaces dan eskalator / pejalan bergerak dan sediakan hasil pemeriksaan lanjutan eskalator/pejalan bergerak.

Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan lanjutan bersama orang kompeten (OK), membuat keputusan pemeriksaan untuk jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak bagi menentukan jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan lanjutan merujuk kepada perundangan yang ditetapkan.
Tempoh Latihan162
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini, personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan lanjutan bersama orang kompeten (OK), membuat keputusan pemeriksaan untuk jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak bagi menentukan jentera mengangkat eskalator/pejalan bergerak layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan lanjutan merujuk kepada perundangan yang ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Tentusahkan butiran permohonan pemeriksaan lanjutan eskalator/ pejalan bergerak.
2. Rancang keperluan pemeriksaan lanjutan eskalator/ pejalan bergerak.
3. Lakukan pemeriksaan machine room, building interfaces dan eskalator/ pejalan bergerak.
4. Sedia hasil pemeriksaan lanjutan eskalator/ pejalan bergerak.
Pra-SyaratTerampil dalam M711-009-5:2024-C07 Laksana pemeriksaan pembaikan eskalator / pejalan bergerak.