Job Description (JD)
Nama Program | PEMERIKSAAN JENTERA MENGANGKAT II [M711-010-5:2024] |
---|---|
Kod CU | M711-010-5:2024-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKSANA PEMERIKSAAN PERMULAAN / MODIFIKASI JENTERA MENGANGKAT II |
Penerangan CU | Laksana pemeriksaan permulaan / modifikasi jentera mengangkat II menerangkan pemeriksaan keselamatan jentera mengangkat II seperti kren menara, derrick crane, passenger/material hoist, Quayside container crane, launching gantry, mast climbing work platform/self climbing platform, strand jack dan kelengkapan akses digantung yang baru dipasang atau berdaftar yang dirombak dan berpindah lokasi bersama Orang Kompeten (OK) untuk memulakan pengoperasian oleh badan yang diberi kuasa. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh untuk tentusahkan permohonan pemeriksaan permulaan / modifikasi jentera mengangkat II, semak dokumen verifikasi reka bentuk, lakukan pemeriksaan fizikal jentera mengangkat II, saksikan ujian fungsi jentera mengangkat II dan peranti keselamatan, saksikan ujian beban dan sedia hasil pemeriksaan permulaan / modifikasi jentera mengangkat II. Hasilan CU ini, personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan permulaan jentera mengangkat II bersama Orang Kompeten (OK) yang berkenaan dan membuat keputusan pemeriksaan untuk jentera mengangkat bagi menentukan jentera layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 320 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini, personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan permulaan jentera mengangkat II bersama Orang Kompeten (OK) yang berkenaan dan membuat keputusan pemeriksaan untuk jentera mengangkat II bagi menentukan jentera mengangkat yang layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Tentusahkan permohonan pemeriksaan permulaan / modifikasi jentera mengangkat II. 2. Semak dokumen verifikasi reka bentuk. 3. Lakukan pemeriksaan fizikal jentera mengangkat II. 4. Saksikan ujian fungsi jentera mengangkat II dan peranti keselamatan. 5. Saksikan ujian beban. 6. Sedia hasil pemeriksaan permulaan / modifikasi jentera mengangkat II. |
Pra-Syarat | Tidak berkaitan. |