JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPEMERIKSAAN JENTERA MENGANGKAT II [M711-010-5:2024]
Kod CUM711-010-5:2024-C02
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PEMERIKSAAN BERKALA JENTERA MENGANGKAT II
Penerangan CULaksana pemeriksaan berkala jentera mengangkat II menerangkan tentang keselamatan jentera mengangkat II seperti kren menara, derrick crane, passenger/material hoist, Quayside container crane, launching gantry, mast climbing work platform/self climbing platform, strand jack dan kelengkapan akses digantung yang telah didaftarkan untuk meneruskan pengoperasian oleh badan yang diberi kuasa.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh untuk tentusahkan permohonan pemeriksaan berkala jentera mengangkat II, lakukan pemeriksaan fizikal jentera mengangkat II, saksikan ujian fungsi jentera mengangkat II dan peranti keselamatan, saksikan ujian beban, dan sedia hasil pemeriksaan berkala jentera mengangkat II.

Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan untuk menjalankan dan membuat keputusan pemeriksaan berkala untuk jentera mengangkat II bagi menentukan jentera mengangkat yang layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan.
Tempoh Latihan160
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini, personel berkebolehan untuk menjalankan dan membuat keputusan pemeriksaan berkala untuk jentera mengangkat II bagi menentukan jentera mengangkat yang layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Tentusahkan permohonan pemeriksaan berkala jentera mengangkat II.
2. Lakukan pemeriksaan fizikal jentera mengangkat II.
3. Saksikan ujian fungsi jentera mengangkat II dan peranti keselamatan.
4. Saksikan ujian beban.
5. Sedia hasil pemeriksaan berkala jentera mengangkat II.
Pra-SyaratTerampil dalam M711-010-5:2024-C01 Laksana pemeriksaan permulaan / modifikasi jentera mengangkat II.