Job Description (JD)
Nama Program | PEMERIKSAAN JENTERA MENGANGKAT II [M711-010-5:2024] |
---|---|
Kod CU | M711-010-5:2024-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKSANA PEMERIKSAAN PEMBAIKAN JENTERA MENGANGKAT II |
Penerangan CU | Laksana pemeriksaan pembaikan jentera mengangkat II menerangkan tentang keselamatan jentera mengangkat II seperti kren menara, derrick crane, passenger/material hoist, Quayside container crane, launching gantry mast climbing work platform/self-climbing platform, strand jack dan kelengkapan akses digantung yang telah dibaikpulih untuk meneruskan pengoperasian. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh untuk tentusahkan permohonan pemeriksaan pembaikan jentera mengangkat II, lakukan pemeriksaan fizikal jentera mengangkat II, saksikan ujian fungsi jentera mengangkat II dan peranti keselamatan, saksikan ujian beban dan sedia hasil pemeriksaan pembaikan jentera mengangkat II. Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan untuk menjalankan dan membuat pemeriksaan pembaikan jentera mengangkat II bagi menentukan jentera mengangkat yang layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 120 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini, personel berkebolehan untuk menjalankan dan membuat pemeriksaan pembaikan jentera mengangkat II bagi menentukan jentera mengangkat yang layak diberi perakuan kelayakan selepas pemeriksaan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Tentusahkan permohonan pemeriksaan pembaikan jentera mengangkat II. 2. Lakukan pemeriksaan fizikal jentera mengangkat II. 3. Saksikan ujian fungsi jentera mengangkat II dan peranti keselamatan. 4. Saksikan ujian beban. 5. Sedia hasil pemeriksaan pembaikan jentera mengangkat II. |
Pra-Syarat | Terampil dalam M711-010-5:2024-C02 Laksana pemeriksaan berkala jentera mengangkat II. |