Job Description (JD)
Nama Program | PEMERIKSAAN JENTERA MENGANGKAT II [M711-010-5:2024] |
---|---|
Kod CU | M711-010-5:2024-C05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKSANA PEMERIKSAAN ASAS TAPAK KREN MENARA |
Penerangan CU | Laksana pemeriksaan asas tapak kren menara menerangkan tentang integriti asas tapak kren menara serta komponen kren menara yang akan dipasang bersama Orang Kompeten (OK) sebelum pengoperasian. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh untuk tentusahkan permohonan pemeriksaan asas tapak kren menara, lakukan pemeriksaan asas tapak kren menara dan sedia hasil pemeriksaan asas tapak kren menara. Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan asas tapak kren menara bersama Orang Kompeten (OK) yang berkenaan dan membuat keputusan pemeriksaan komponen kren menara bagi menentukan kren menara layak diberi kebenaran untuk memasang selepas pemeriksaan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 160 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini, personel berkebolehan untuk menjalankan pemeriksaan asas tapak kren menara bersama Orang Kompeten (OK) yang berkenaan dan membuat keputusan pemeriksaan komponen kren menara bagi menentukan kren menara layak diberi kebenaran untuk memasang selepas pemeriksaan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Tentusahkan permohonan pemeriksaan asas tapak kren menara. 2. Lakukan pemeriksaan asas tapak kren menara. 3. Sedia hasil pemeriksaan asas tapak kren menara. |
Pra-Syarat | Terampil dalam M711-010-5:2024-C01 Laksana pemeriksaan permulaan / modifikasi jentera mengangkat II. |