Job Description (JD)
Nama Program | PENYELENGGARAAN & BAIK PULIH JENTERA KECIL DAN PERALATAN PERTANIAN [C331-018-3:2024] |
---|---|
Kod CU | C331-018-3:2024-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | SELENGGARA SISTEM BAHAN API PETROL DAN DIESEL JENTERA KECIL DAN PERALATAN PERTANIAN |
Penerangan CU | Selenggara sistem bahan api petrol dan diesel jentera kecil dan peralatan pertanian menerangkan berkenaan tatacara menyelenggara dan baik pulih enjin satu silinder (dua lejang atau empat lejang) terhadap sistem bahanapi jenis petrol dan diesel ke tahap optimum seperti garis panduan manual pengeluar. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan peralatan penyelenggaraan sistem bahan api petrol dan diesel, kenal pasti sistem bahan api diesel / petrol (2 lejang / 4 lejang), periksa kerosakan sistem bahan api, rombak komponen sistem bahan api, baik pulih sistem bahan api dan ujilari prestasi sistem bahan api. Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan menyelenggara dan baik pulih sistem bahan api jentera kecil pertanian agar dapat berfungsi dengan sempurna, memanjangkan jangka hayat dan penjimatan kos operasi syarikat atau individu berpandukan panduan manual pengeluar. |
Tempoh Latihan | 184 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah personel berkebolehan menyelenggara dan baik pulih sistem bahan api jentera kecil pertanian agar dapat berfungsi dengan sempurna, memanjangkan jangka hayat dan penjimatan kos operasi syarikat atau individu berpandukan panduan manual pengeluar. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Sediakan peralatan penyelenggaraan sistem bahan api petrol dan diesel. 2. Kenal pasti sistem bahan api diesel / petrol (2 lejang / 4 lejang). 3. Periksa kerosakan sistem bahan api. 4. Rombak komponen sistem bahan api. 5. Baik pulih sistem bahan api. 6. Ujilari prestasi sistem bahan api. |
Pra-Syarat | Tiada. |