JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELENGGARAAN & BAIK PULIH JENTERA KECIL DAN PERALATAN PERTANIAN [C331-018-3:2024]
Kod CUC331-018-3:2024-C02
CompetencyCore
Tajuk CUSELENGGARA SISTEM PELINCIRAN JENTERA KECIL DAN PERALATAN PERTANIAN
Penerangan CUSelenggara sistem pelinciran jentera kecil dan peralatan pertanian menerangkan berkenaan tatacara menyelenggara dan baik pulih enjin satu silinder (dua lejang atau empat lejang) terhadap sistem pelinciran ke tahap optimum seperti garis panduan manual pengeluar.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan peralatan penyelenggaraan sistem pelinciran, kenal pasti sistem pelinciran, periksa kerosakan sistem pelinciran, baik pulih sistem pelinciran dan ujilari prestasi sistem pelinciran.

Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan menyelenggara dan baik pulih sistem pelinciran jentera kecil pertanian agar dapat berfungsi dengan sempurna, memanjangkan jangka hayat dan penjimatan kos operasi syarikat atau individu.
Tempoh Latihan184
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah personel berkebolehan menyelenggara dan baik pulih sistem pelinciran jentera kecil pertanian agar dapat berfungsi dengan sempurna, memanjangkan jangka hayat dan penjimatan kos operasi syarikat atau individu.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:

1. Sediakan peralatan penyelenggaraan sistem pelinciran.
2. Kenal pasti sistem pelinciran.
3. Periksa kerosakan sistem pelinciran.
4. Baik pulih sistem pelinciran.
5. Ujilari prestasi sistem pelinciran.
Pra-SyaratTiada.