Job Description (JD)
Nama Program | PENYELENGGARAAN & BAIK PULIH JENTERA KECIL DAN PERALATAN PERTANIAN [C331-018-3:2024] |
---|---|
Kod CU | C331-018-3:2024-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | SELENGGARA SISTEM PENYEJUKAN JENTERA KECIL DAN PERALATAN PERTANIAN |
Penerangan CU | Selenggara sistem penyejukan jentera kecil dan peralatan pertanian menerangkan berkenaan tatacara menyelenggara dan baik pulih enjin satu silinder (dua lejang atau empat lejang) terhadap sistem penyejukan jenis udara dan air ke tahap optimum seperti garis panduan manual pengeluar. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan peralatan penyelenggaraan sistem penyejukan, kenal pasti sistem penyejukan, periksa kerosakan sistem penyejukan, baik pulih sistem penyejukan dan ujilari prestasi sistem penyejukan. Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan menyelenggara dan baik pulih sistem penyejukan jentera kecil pertanian agar dapat berfungsi dengan sempurna, memanjangkan jangka hayat dan penjimatan kos operasi syarikat atau individu. |
Tempoh Latihan | 92 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah personel berkebolehan menyelenggara dan baik pulih sistem penyejukan jentera kecil pertanian agar dapat berfungsi dengan sempurna, memanjangkan jangka hayat dan penjimatan kos operasi syarikat atau individu. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Sediakan peralatan penyelenggaraan sistem penyejukan. 2. Kenal pasti sistem penyejukan. 3. Periksa kerosakan sistem penyejukan. 4. Baik pulih sistem penyejukan. 5. Ujilari prestasi sistem penyejukan. |
Pra-Syarat | 0 |