Job Description (JD)
Nama Program | PENYELENGGARAAN & BAIK PULIH JENTERA KECIL DAN PERALATAN PERTANIAN [C331-018-3:2024] |
---|---|
Kod CU | C331-018-3:2024-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | SELENGGARA SISTEM PEMBAKARAN ENJIN JENTERA KECIL DAN PERALATAN PERTANIAN |
Penerangan CU | Selenggara sistem pembakaran enjin jentera kecil dan peralatan pertanian menerangkan berkenaan tatacara menyelenggara dan baik pulih enjin satu silinder (dua lejang atau empat lejang) terhadap sistem intake dan ekzos ke tahap optimum seperti yang digariskan dalam panduan manual pengeluar. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan peralatan penyelenggaraan sistem pembakaran, kenal pasti sistem pembakaran, periksa kerosakan sistem pembakaran, rombak sistem pembakaran, baik pulih sistem pembakaran dan ujilari prestasi sistem pembakaran. Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan menyelenggara dan baik pulih sistem pembakaran jentera kecil pertanian agar dapat berfungsi dengan sempurna, memanjangkan jangka hayat dan penjimatan kos operasi syarikat atau individu. |
Tempoh Latihan | 184 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah personel berkebolehan menyelenggara dan baik pulih sistem pembakaran jentera kecil pertanian agar dapat berfungsi dengan sempurna, memanjangkan jangka hayat dan penjimatan kos operasi syarikat atau individu. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Sediakan peralatan penyelenggaraan sistem pembakaran. 2. Kenal pasti sistem pembakaran. 3. Periksa kerosakan sistem pembakaran. 4. Rombak sistem pembakaran. 5. Baik pulih sistem pembakaran. 6. Ujilari prestasi sistem pembakaran. |
Pra-Syarat | 0 |