JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELENGGARAAN & BAIK PULIH JENTERA KECIL DAN PERALATAN PERTANIAN [C331-018-3:2024]
Kod CUC331-018-3:2024-C05
CompetencyCore
Tajuk CUSELENGGARA SISTEM TRANSMISI JENTERA KECIL DAN PERALATAN PERTANIAN
Penerangan CUSelenggara sistem transmisi jentera kecil dan peralatan pertanian menerangkan berkenaan tatacara menyelenggara dan baik pulih enjin satu silinder (dua lejang atau empat lejang) terhadap transmisi seperti kapi (pulley) dan tali sawat, sprocket dan rantai, flexible cable, direct couple, gear transmission dan pengcekam (clutch) ke tahap optimum seperti yang digariskan dalam panduan manual pengeluar.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan peralatan penyelenggaraan sistem transmisi, kenal pasti sistem transmisi, periksa kerosakan sistem transmisi, rombak sistem transmisi, baik pulih sistem transmisi dan ujilari prestasi sistem transmisi.

Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan menyelenggara dan baik pulih sistem transmisi jentera kecil pertanian agar dapat berfungsi dengan sempurna, memanjangkan jangka hayat dan penjimatan kos operasi syarikat atau individu.
Tempoh Latihan184
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah personel berkebolehan menyelenggara dan baik pulih sistem transmisi jentera kecil pertanian agar dapat berfungsi dengan sempurna, memanjangkan jangka hayat dan penjimatan kos operasi syarikat atau individu.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Sediakan peralatan penyelenggaraan sistem transmisi.
2. Kenal pasti sistem transmisi.
3. Periksa kerosakan sistem transmisi.
4. Rombak sistem transmisi.
5. Baik pulih sistem transmisi.
6. Ujilari prestasi sistem transmisi.
Pra-Syarat0