Job Description (JD)
Nama Program | PENYELENGGARAAN & BAIK PULIH JENTERA KECIL DAN PERALATAN PERTANIAN [C331-018-3:2024] |
---|---|
Kod CU | C331-018-3:2024-C06 |
Competency | Core |
Tajuk CU | SELENGGARA ENJIN JENTERA KECIL DAN PERALATAN PERTANIAN |
Penerangan CU | Selenggara enjin jentera kecil dan peralatan pertanian menerangkan berkenaan tatacara menyelenggara dan baik pulih komponen enjin dan alat-alat sangkutan seperti kerja overhaul bagi enjin (2 lejang/4 lejang). Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan peralatan penyelenggaraan enjin, kenal pasti jenis enjin, periksa prestasi enjin, rombak bahagian enjin, baik pulih bahagian enjin dan ujilari prestasi enjin. Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan menyelenggara dan baik pulih enjin jentera kecil pertanian agar dapat berfungsi dengan keupayaan yang sempurna, memanjangkan jangka hayat dan menjimatkan kos operasi syarikat atau individu. |
Tempoh Latihan | 368 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah personel berkebolehan menyelenggara dan baik pulih enjin jentera kecil pertanian agar dapat berfungsi dengan keupayaan yang sempurna, memanjangkan jangka hayat dan menjimatkan kos operasi syarikat atau individu. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Sediakan peralatan penyelenggaraan enjin. 2. Kenal pasti jenis enjin. 3. Periksa prestasi enjin. 4. Rombak bahagian enjin. 5. Baik pulih bahagian enjin. 6. Ujilari prestasi enjin. |
Pra-Syarat | Tiada. |